Saturday, 16 April 2016
KES PEMBUANGAN BAYI DI KALAGAN REMAJA
Secara umumnya,Malaysia kini dengan bangganya
menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka
iaitu ibu bapa terlalu alpa dengan
perkembangan sosial di negara ini. Setiap hari , terdapat laporan bayi yang
dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada
perasaan perikemanusiaan. Sedangkan haiwan sayang akan anak mereka inikan pula
manusia yang berbuat demikian.
Kita sedia maklum bahawa kebanyakan kehamilan
remaja berpunca dari seks sebelum kahwin, sumbang mahram, rogol dan penderaan
seksual. Keadaan ini telah menyebabkan remaja-remaja kini menghadapi pelbagai
cabaran kerana mereka belum bersedia untuk menjaga bayi mereka. Oleh itu,
mereka terpaksa bertindak untuk membuang bayi mereka. Keadaan mereka yang
sedang berada di alam persekolahan dan masih mengalami proses tumbesaran dan
kematangan telah mengeruhkan lagi keadaan kerana mereka perlu berhadapan dengan
akibat kehamilan semasa remaja dari segi perubatan psikologi sosial.
Keadaan sekeliling juga telah memaksa mereka
untuk berhadapan dengan sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk
tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi.
Sikap ini adalah sesuatu yang memalukan dan telah menyebabkan masalah
pembuangan bayi masih terus berleluasa.
PUNCA-PUNCA
Antara
punca kepada masalah
pembuangan bayi yang
kian berleluasa ini
adalah kurangnya didikan
agama dalam kalangan
remaja.Kekurangan didikan agama
yang merupakan panduan
dan pedoman hidup
telah menyebabkan mereka
hilang arah dalam
kehidupan dan terlibat
dalam gejala-gejala negatif
seperti pergaulan bebas .Remaja
yang melibatkan diri
dalam gejala pergaulan
bebas akan terdorong
untuk menjalinkan hubungan
bertentangan dengan hukum
agama.Kesannya,remaja perempuan akan
mengandung tanpa ikatan
yang sah.Dalam situasi
tersebut , remaja yang lemah
pegangan agama tidak
akan teragak-agak untuk
membuang atau membunuh zuriat
yang dilahirkan kerana
malu dan tidak
mahu bertanggungjawab atas zuriat
tersebut.Hal ini menunjukkan
peranan agama dalam kehidupan
adalah amat penting untuk
membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata
.Malah, ayat al-Quran, surah Sad,ayat 26 juga menyatakan bahawa ,“…janganlah kamu
menurut hawa nafsu
kerana yang demikian
itu akan menyesatkan
kamu dari jalan
Allah…”.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan
menjadi benteng yang kukuh
bagi menangkis segala
anasir-anasir yang negatif dalam
kehidupan.
Di
samping itu, sikap ingin
tahu remaja juga
antara punca kepada
masalah ini.Remaja kini
sangat cenderung untuk
mencuba sesuatu yang
baharu . Sikap ingin tahu
tentang sesuatu sememangnya
wujud dalam diri remaja.Setiap perkara
yang dilarang itulah
yang ingin diterokai
oleh mereka.Remaja beranggapan
bahawa mereka menjadi
lebih matang dan
hebat dengan mencuba sesuatu
yang jarang dilakukan
oleh orang lain. Lebih-lebih lagi
perlakuan seks rambang .Hakikatnya remaja
yang matang seharusnya
berfikiran positif dan
rasional dalam membuat
keputusan dan bukannya dengan
cara yang ditegah
oleh agama .Persis kata
peribahasa Melayu,“sesal dahulu
pendapatan , sesal kemudian tidak
berguna”, menjelaskan kepada
kita betapa pentingnya
kita membuat keputusan
dengan bijak agar
tidak menyesal di kemudian
hari.Tambahan pula,remaja pada
masa sekarang boleh
dikatakan lebih rapat
dan banyak menghabiskan
masa bersama rakan
berbanding dengan ibu bapa mereka. Maka,boleh dikatakan pengaruh
rakan sebaya yang
negatif juga menjadi
antara punca kepada
masalah ini.
KESAN-KESAN
Isu pembuangan bayi
dalam kalangan remaja
ini telah memberikan
impak yang begitu
besar dalam kalangan
masyarakat,negara mahupun diri
remaja sendiri.Antara kesan
permasalahan ini kepada remaja
pada masa kini
adalah masa depan
remaja musnah begitu
sahaja akibat kelalaian
mereka menuruti hawa
nafsu tanpa memikirkan
kesannya.Isu ini akan turut
memberi impak kepada
negara. Antara kesan isu ini kepada negara pula adalah Perkembangan
ekonomi negara akan
merosot dan seterusnya
menjejaskan pendapatan negara. Hal
ini demikian kerana, remaja merupakan
aset penting negara
pada masa hadapan
dan memainkan peranan
yang amat penting dalam pembangunan
negara.Masa depan negara
terletak ditangan generasi
muda yakni remaja
itu sendiri .Hal ini
kerana , pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara.Namun
begitu , jika perilaku negatif
remaja berterusan.Siapakah yang
akan membela nasib
negara kita pada
masa akan datang?
Selain itu,zuriat yang
dilahirkan juga mengalami
kesan yang mendalam..Zuriat merupakan
anugerah tuhan yang
tidak ternilai.Namun,kepada mereka
yang terlanjur, zuriat
yang dilahirkan dianggap
beban atau masalah
dan bukti keterlanjuran
atau kesalahan yang
mereka lakukan.Hal ini
mendorong mereka untuk
membunuh atau membuang
zuriat tersebut .Namun,
wajarkah bayi yang
tidak berdosa itu
dihukum akibat kesalahan
yang dilakukan oleh
ibu bapanya?.Lebih menyedihkan lagi
bayi yang ditinggalkan
bukan sahaja dibunuh
malah kadang-kala menjadi
habuan binatang buas.Bagi
bayi yang masih
bernyawa pula kesannya
lebih mendalam kerana
mereka terpaksa menjalani
kehidupan dengan memegang
gelaran anak luar
nikah .Selain itu,bayi tersebut
juga tidak dapat mengenali
dan mendapat kasih
sayang ibu bapa
kandung mereka. Masa depan
mereka akan turut
terjejas.
Seharusnya, kita tidak wajar
akur dengan arus
songsang ini.Antara langkah yang
boleh diambil bagi
mengatasi kemelut ini adalah dengan
memberi perhatian dan didikan
agama yang cukup
kepada remaja sejak
kecil lagi .Hal ini
kerana,melentur buluh biarlah
dari rebungnya .Memberi didikan dan
perhatian kepada anak-anak merupakan
tanggungjawab atau peranan
setiap ibu bapa.Jika
ibu bapa sendiri
lalai daripada melaksanakan
tugas mereka akibat
rakus mengejar kemewahan
duniawi.Bagaimana pula dengan
nasib anak-anak mereka
yang kurang didikan
dan kasih sayang?.Lebih-lebih lagi, pada
usia yang mencabar
inilah remaja memerlukan
sokongan dan kasih sayang
daripada ibu bapa.Namun,kebanyakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.Dalam
situasi ini, sudah tentu
remaja lebih cenderung
untuk memilih jalan
yang negatif bagi
mereka berkongsi kasih dan
mendapatkan perhatian akibat
kurangnya didikan agama.Oleh
itu,masalah ini dapat
diatasi jika ibu
bapa melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan
baik.
Selain itu, Pihak berkuasa
terutama pihak polis
hendaklah membanteras
pengedaran bahan-bahan lucah
daripada tatapan anggota
masyarakat terutama golongan
remaja. Pihak berkuasa juga
hendaklah mengenakan hukuman
yang setimpal dan lebih
berat iaitu penjara
seumur hidup kepada
mereka yang didapati
bersalah. Hal Ini harus dilakukan
agar remaja berasa takut dan
serik untuk melakukan atau terlibat
dengan gejala pembuangan
bayi yang kian
berleluasa ini. Mereka juga
akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang
melampaui batasan agama. Penekanan
pendidikan juga amat
penting bagi menyedarkan
masyarakat terutama remaja supaya
mereka tidak terjebak
dalam masalah sosial yang
membabitkan jenayah ini.
Kesimpulannya,masalah
pembuangan bayi ini
dapat diatasi di
negara kita sekiranya wujud
kesedaran dan rasa
tanggungjawab dalam diri
setiap individu yang bergelar
rakyat Malaysia. Justeru itu,
setiap warga masyarakat
tanpa mengira kaum
haruslah bersatu padu
menggembleng tenaga mencegah
dan membanteras penyakit
sosial ini agar
tidak menular dengan
lebih serius dan menjejaskan
pembangunan dan matlamat
negara kita untuk
mencapai wawasan 2020.Hal ini
kerana,gejala ini melibatkan
bakal pemimpin-pemimpin negara
kita yakni remaja.Oleh itu,marilah
kita bersama-sama berganding
bahu membanteras gejala
ini.Bak kata pepatah
hendak seribu dalih , tak
hendak seribu daya.
Subscribe to:
Posts (Atom)