Monday 2 May 2016

PANDUAN BERJIMAT CERMAT SEMASA EKONOMI GAWAT UNTUK PELAJAR

Secara realitinya menjadi seorang pelajar kampus bukannya tugas yang mudah.selain daripada mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang.lagi-lagi yang belajar di bandar-bandar besar di mana kos sara hidup sememangnya tinggi.sekiranya anda gagal menguruskan wang dengan bijak,ia boleh menggangu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajaran anda.sebenarnya,pengurusan kewangan yang baik boleh di mulakan dengan hanya mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang.hari ini saya ingin berkongsi teknik-teknik berjimat cermat untuk pelajar kampus,setelah selesai membaca artikel ini anda boleh mempraktikkan panduan yang di beri dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda sebagai seorang pelajar.





TIP 1: Amalkan tabiat melabur

Menyimpan wang adalah satu tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan wang tersebut agar mendapat lebih pulangan.amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan.rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai.sebelum melakukan pelaburan lakukan kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus,laporan kewangan dan laporan tahunan,majalah perniagaan dan lain-lain lagi.dalam memilih produk pelaburan dengan paling sesuai dengan tahap risiko,matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.seelok-eloknya cari lah pelaburan yang di jamin oleh kerajaan.

TIP 2: Amalkan peraturan 10 peratus

Secara amnya,peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan.contohnya jika anda mempunyai rm500 setiap bulan,simpan lah rm50.apabila anda menerima duit pinjaman ptptn,mara,biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan,pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah wang yang diperolehi.wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda di masa akan datang.amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.


TIP 3: Wujudkan dana kecemasan 

Sebagai pelajar,ada masanya anda akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak,sebagai contoh,anda boleh sakit dan perlu dibawa ke hospital,kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki,serta isu-isu kewangan yang lain.sekirannya anda tidak mempunyai dana kecemasan,anda pasti berdepan dengan pelbagai masalah.namun dengan adanya dana kecemasan,anda tidak perlu rungsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri.tetapi ingat dana kecemasan hanya boleh digunakan untuk kecemasan sahaja!!

TIP 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah

Apabila membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik,anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah .membandingkan harga juga dapat mengajar anda untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang.sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli malah akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

TIP 5: Hapuskan kad kredit anda

Menurut kajian yang dilakukan oleh jabatan perangkaan malaysia mendapati bahawa 50% rakyat malaysia yang diistiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah.statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat malaysia yang diistihar bankrap.tidak kira lah jika anda mempunyai kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibu bapa,tanya lah diri sendiri "perlukah saya memiliki kad kredit?" ingat! jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda atau ibu bapa anda yang perlu membayar hutang itu nanti!



 TIP 6: Jimatkan bil elektrik anda

Sedar atau tidak tidak ramai yang mengambil isu penggunaan elektrik.memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh.sebenarnya apabila anda menjimatkan elektrik,anda juga menjimatkan wang.antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana,menggunakan lampu yang jenis menjimatkan tenaga serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.

TIP 7: Jadilah pelajar yang bijak

sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda perlu bijak dalam berbelanja.cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas,beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak,pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan,sewa rumah bersama kawan-kawan dan makan lah di kampus.secara amnya,perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama,fotokopi dan lain-lain lebih murah,jadi ambil lah kesempatan ini!lebih elok lagi kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku,alat tulis dan lain-lain) secara pukal di kampus.

TIP 8: Gunakan kad pelajar anda
kad pelajar adalah salah satu intrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang.anda boleh menggunakannya untuk mendapatkan diskaun ketika menonton wayang,membeli buku,menaiki lrt,melayari internet,bercuti,makan,bersukan dan sebagainya lagi.bayangkan penjimatan yang anda dapat.

TIP 9: Gunakan pengangkutan awam
menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta.jika kurang minat menaiki pengangkutan awam,kongsi kereta bersama rakan-rakan!fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk membeli petrol.sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja.sebagai contoh,jika destinasi yang di tuju tidak jauh dan cuaca mengizinkan,apa salahnya berjalan kaki berbanding memandu kereta?
TIP 10: Gunakan internet untuk membuat panggilan

Secara amnya, daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telifon bimbit,apa kata anda membuat panggilan menggunakan internet?anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya,malah tidak perlu membayar walau sesen pun(jika mengunjungi "wi-fi hotspot"percuma).sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telifon bimbit,jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej(sms) berbanding membuat panggilan.


Kesimpulannya,kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata.selaku pelajar,anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan anda kelak.anda semestinya tidak mahu masalah berkaitan kewangan menjadi isu yang membebankan anda di kampus.


No comments:

Post a Comment