Monday, 2 May 2016

PANDUAN BERJIMAT CERMAT SEMASA EKONOMI GAWAT UNTUK PELAJAR

Secara realitinya menjadi seorang pelajar kampus bukannya tugas yang mudah.selain daripada mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang.lagi-lagi yang belajar di bandar-bandar besar di mana kos sara hidup sememangnya tinggi.sekiranya anda gagal menguruskan wang dengan bijak,ia boleh menggangu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajaran anda.sebenarnya,pengurusan kewangan yang baik boleh di mulakan dengan hanya mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang.hari ini saya ingin berkongsi teknik-teknik berjimat cermat untuk pelajar kampus,setelah selesai membaca artikel ini anda boleh mempraktikkan panduan yang di beri dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda sebagai seorang pelajar.





TIP 1: Amalkan tabiat melabur

Menyimpan wang adalah satu tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan wang tersebut agar mendapat lebih pulangan.amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan.rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai.sebelum melakukan pelaburan lakukan kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus,laporan kewangan dan laporan tahunan,majalah perniagaan dan lain-lain lagi.dalam memilih produk pelaburan dengan paling sesuai dengan tahap risiko,matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.seelok-eloknya cari lah pelaburan yang di jamin oleh kerajaan.

TIP 2: Amalkan peraturan 10 peratus

Secara amnya,peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan.contohnya jika anda mempunyai rm500 setiap bulan,simpan lah rm50.apabila anda menerima duit pinjaman ptptn,mara,biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan,pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah wang yang diperolehi.wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda di masa akan datang.amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.


TIP 3: Wujudkan dana kecemasan 

Sebagai pelajar,ada masanya anda akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak,sebagai contoh,anda boleh sakit dan perlu dibawa ke hospital,kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki,serta isu-isu kewangan yang lain.sekirannya anda tidak mempunyai dana kecemasan,anda pasti berdepan dengan pelbagai masalah.namun dengan adanya dana kecemasan,anda tidak perlu rungsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri.tetapi ingat dana kecemasan hanya boleh digunakan untuk kecemasan sahaja!!

TIP 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah

Apabila membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik,anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah .membandingkan harga juga dapat mengajar anda untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang.sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli malah akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

TIP 5: Hapuskan kad kredit anda

Menurut kajian yang dilakukan oleh jabatan perangkaan malaysia mendapati bahawa 50% rakyat malaysia yang diistiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah.statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat malaysia yang diistihar bankrap.tidak kira lah jika anda mempunyai kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibu bapa,tanya lah diri sendiri "perlukah saya memiliki kad kredit?" ingat! jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda atau ibu bapa anda yang perlu membayar hutang itu nanti!



 TIP 6: Jimatkan bil elektrik anda

Sedar atau tidak tidak ramai yang mengambil isu penggunaan elektrik.memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh.sebenarnya apabila anda menjimatkan elektrik,anda juga menjimatkan wang.antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana,menggunakan lampu yang jenis menjimatkan tenaga serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.

TIP 7: Jadilah pelajar yang bijak

sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda perlu bijak dalam berbelanja.cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas,beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak,pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan,sewa rumah bersama kawan-kawan dan makan lah di kampus.secara amnya,perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama,fotokopi dan lain-lain lebih murah,jadi ambil lah kesempatan ini!lebih elok lagi kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku,alat tulis dan lain-lain) secara pukal di kampus.

TIP 8: Gunakan kad pelajar anda
kad pelajar adalah salah satu intrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang.anda boleh menggunakannya untuk mendapatkan diskaun ketika menonton wayang,membeli buku,menaiki lrt,melayari internet,bercuti,makan,bersukan dan sebagainya lagi.bayangkan penjimatan yang anda dapat.

TIP 9: Gunakan pengangkutan awam
menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta.jika kurang minat menaiki pengangkutan awam,kongsi kereta bersama rakan-rakan!fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk membeli petrol.sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja.sebagai contoh,jika destinasi yang di tuju tidak jauh dan cuaca mengizinkan,apa salahnya berjalan kaki berbanding memandu kereta?
TIP 10: Gunakan internet untuk membuat panggilan

Secara amnya, daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telifon bimbit,apa kata anda membuat panggilan menggunakan internet?anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya,malah tidak perlu membayar walau sesen pun(jika mengunjungi "wi-fi hotspot"percuma).sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telifon bimbit,jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej(sms) berbanding membuat panggilan.


Kesimpulannya,kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata.selaku pelajar,anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan anda kelak.anda semestinya tidak mahu masalah berkaitan kewangan menjadi isu yang membebankan anda di kampus.


Saturday, 16 April 2016

Tips Rancang Percutian Bajet Bersama Keluarga

TEMPAT MENARIK

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti tempat peranginan tanah tinggi, taman rekreasi air terjun, tempat peninggalan sejarah, taman tema , pulau-pulau yang cantik dan macam-macam lagi. Pelbagai laman web telah menyenaraikan tempat- tempat menarik yang ada di Malaysia untuk panduan pengunjung yang ingin bercuti atau membawa keluarga berjalan-jalan dimusim percutian.

1. Packing makanan siap-siap
Sebelum memulakan perjalanan, digalakkan bawa makanan yang disediakan di rumah. Ia boleh dimakan semasa dalam kenderaan.Jadi, setiap kali anda berhenti di mana-mana perhentian R&R ataupun stesen, anda juga boleh keluarkan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Lagi seronok bukan?

2. Kunjungi restoran yang sediakan promosi
Banyak restoran yang menyediakan set lunch yang lengkap dengan air. Jadi anda dapat jimat daripada membeli secara bufet.Ada juga yang menawarkan promosi “kids eat free” apabila membeli set hidangan yang disediakan.
3. Tinggal di homestay
Bukan sahaja besar dan selesa, terasa seperti tinggal di rumah sendiri.Malahan harga sewanya juga lebih murah berbanding hotel. Biasanyahomestay turut menyediakan dapur lengkap dengan tong gas untuk memudahkan anda memasak hidangan.Jadi, anda boleh menyediakan makanan sendiri sebelum keluar berjalan-jalan.

4. Rancang waktu

Perlu rancang trip anda agar tidak bertembung dengan waktu jammed di jalan raya. Sekurang-kurangnya anda dapat jimat penggunaan minyak.Jika anda naik kereta api atau kapal terbang misalnya, rancang waktu tiba agar anda tidak sampai lewat dan perlu pula keluarkan duit extra untuk sampai ke destinasi.Bila ada promosi, cepat-cepat tengok kalendar dan tempah tiket kapalterbang. Yang lain tu, ‘bisa diatur’…! Yalah, sebab selalunya tiket kapalterbang adalah kos yang paling mahal dan ia menjadi penghalang utama kita untuk travel.

5. Cari alternatif yang kurang popular
Jika anda menaiki kapal terbang, buat perbandingan antara harga sebelum menempah. Pilih waktu penerbangan yang kurang sibuk seperti waktu pagi misalnya.Hotel-hotel ternama juga lazimnya lebih mahal daripada hotel baru atau homestay yang tidak kurang hebatnya! Jadi, buatlah sedikit research ya.

6. Guna kelebihan keahlian
Ada hotel dan syarikat penerbangan yang memberi points pada ahlinya.Hanya dengan menebus points sedia ada kepada baucar hotel dan sebagainya, anda boleh gunakannya sewaktu rancang percutian bajet.

7. Cari aktiviti yang tidak perlu belanja banyak
Banyak hotel dan tempat peranginan menawarkan aktiviti menarik dan percuma untuk tetamu mereka terutamanya kanak-kanak.Jadi, sebelum anda menempah, dapatkan info dahulu tentang aktiviti yang ditawarkan dan jika ada festival yang diraikan.Lebih banyak aktiviti yang disediakan secara percuma, lebih banyak anda dapat berjimat.Kalau tak, anda pun boleh buat aktiviti sendiri di pantai, kolam renang, taman, tasik, atau rumah opah. Contohnya berbasikal, lumba renang, tarik tali, atau memasak bersama seisi keluarga.

Dalam berjimat tu, kena beringat juga..
Walaupun merancang percutian bajet, cuba elak terlalu berjimat hingga anak-anak terasa tidak gembira bercuti bersama anda.Inilah waktunya anda dapat bersama mereka kerana selepas itu, anak-anak akan makin membesar dan duduk berjauhan.Yang pasti, kenangan dan memori bercuti bersama seperti ini sukar untuk berulang lagi.



KES PEMBUANGAN BAYI DI KALAGAN REMAJA


Secara umumnya,Malaysia kini dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka iaitu ibu bapa terlalu  alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Setiap hari , terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Sedangkan haiwan sayang akan anak mereka inikan pula manusia yang berbuat demikian.
Kita sedia maklum bahawa kebanyakan kehamilan remaja berpunca dari seks sebelum kahwin, sumbang mahram, rogol dan penderaan seksual. Keadaan ini telah menyebabkan remaja-remaja kini menghadapi pelbagai cabaran kerana mereka belum bersedia untuk menjaga bayi mereka. Oleh itu, mereka terpaksa bertindak untuk membuang bayi mereka. Keadaan mereka yang sedang berada di alam persekolahan dan masih mengalami proses tumbesaran dan kematangan telah mengeruhkan lagi keadaan kerana mereka perlu berhadapan dengan akibat kehamilan semasa remaja dari segi perubatan psikologi sosial.
Keadaan sekeliling juga telah memaksa mereka untuk berhadapan dengan sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Sikap ini adalah sesuatu yang memalukan dan telah menyebabkan masalah pembuangan bayi masih terus berleluasa.


PUNCA-PUNCA
Antara  punca  kepada  masalah  pembuangan  bayi  yang  kian  berleluasa  ini  adalah  kurangnya  didikan  agama  dalam  kalangan  remaja.Kekurangan  didikan agama yang  merupakan  panduan  dan  pedoman  hidup  telah  menyebabkan  mereka  hilang  arah  dalam  kehidupan  dan  terlibat  dalam  gejala-gejala  negatif  seperti  pergaulan  bebas .Remaja  yang  melibatkan  diri  dalam  gejala  pergaulan  bebas  akan  terdorong  untuk  menjalinkan  hubungan  bertentangan  dengan  hukum  agama.Kesannya,remaja  perempuan  akan  mengandung  tanpa  ikatan  yang  sah.Dalam  situasi  tersebut , remaja  yang  lemah  pegangan  agama  tidak  akan  teragak-agak  untuk  membuang atau  membunuh  zuriat  yang  dilahirkan  kerana  malu  dan  tidak  mahu  bertanggungjawab  atas  zuriat  tersebut.Hal  ini  menunjukkan  peranan  agama dalam  kehidupan  adalah  amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah,   ayat  al-Quran, surah Sad,ayat  26 juga menyatakan bahawa ,“…janganlah  kamu  menurut  hawa  nafsu  kerana  yang  demikian  itu  akan  menyesatkan  kamu  dari  jalan  Allah…”.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi benteng  yang  kukuh  bagi  menangkis  segala  anasir-anasir  yang negatif  dalam  kehidupan.       
  Di samping  itu, sikap  ingin  tahu  remaja  juga  antara  punca  kepada  masalah  ini.Remaja   kini  sangat  cenderung  untuk  mencuba  sesuatu   yang  baharu . Sikap  ingin  tahu  tentang  sesuatu  sememangnya  wujud dalam  diri  remaja.Setiap  perkara  yang  dilarang  itulah  yang  ingin  diterokai  oleh  mereka.Remaja  beranggapan  bahawa  mereka  menjadi  lebih  matang  dan  hebat dengan  mencuba  sesuatu  yang  jarang  dilakukan  oleh  orang  lain. Lebih-lebih  lagi  perlakuan seks  rambang .Hakikatnya  remaja  yang  matang  seharusnya  berfikiran  positif  dan  rasional  dalam  membuat  keputusan dan  bukannya  dengan  cara  yang  ditegah  oleh  agama .Persis  kata  peribahasa  Melayu,“sesal  dahulu  pendapatan , sesal  kemudian  tidak  berguna”, menjelaskan kepada  kita  betapa  pentingnya  kita  membuat  keputusan  dengan  bijak  agar  tidak  menyesal  di kemudian  hari.Tambahan  pula,remaja  pada  masa  sekarang   boleh  dikatakan  lebih  rapat  dan  banyak  menghabiskan  masa   bersama    rakan  berbanding  dengan  ibu bapa mereka. Maka,boleh dikatakan  pengaruh  rakan  sebaya  yang   negatif  juga  menjadi  antara  punca  kepada  masalah  ini.


  
KESAN-KESAN
            Isu  pembuangan  bayi  dalam  kalangan  remaja    ini  telah  memberikan  impak    yang  begitu  besar  dalam  kalangan  masyarakat,negara  mahupun diri remaja sendiri.Antara  kesan permasalahan  ini kepada  remaja  pada  masa  kini  adalah  masa  depan  remaja  musnah  begitu  sahaja  akibat  kelalaian  mereka  menuruti  hawa  nafsu  tanpa  memikirkan  kesannya.Isu  ini  akan turut  memberi  impak  kepada  negara. Antara  kesan  isu ini kepada  negara pula adalah  Perkembangan  ekonomi  negara  akan  merosot dan  seterusnya menjejaskan  pendapatan  negara. Hal  ini  demikian  kerana, remaja  merupakan  aset  penting  negara  pada  masa  hadapan  dan  memainkan  peranan  yang amat penting  dalam  pembangunan  negara.Masa  depan  negara  terletak  ditangan  generasi  muda  yakni  remaja  itu   sendiri .Hal  ini  kerana , pemuda  harapan  bangsa , pemudi tiang  negara.Namun  begitu , jika  perilaku  negatif  remaja  berterusan.Siapakah  yang  akan  membela  nasib  negara  kita  pada  masa  akan  datang? 
       
           Selain  itu,zuriat  yang  dilahirkan  juga  mengalami  kesan  yang  mendalam..Zuriat  merupakan  anugerah  tuhan  yang  tidak  ternilai.Namun,kepada  mereka  yang  terlanjur,  zuriat  yang  dilahirkan  dianggap  beban  atau  masalah  dan  bukti  keterlanjuran  atau  kesalahan  yang  mereka  lakukan.Hal  ini  mendorong  mereka  untuk  membunuh  atau  membuang  zuriat  tersebut .Namun, wajarkah  bayi  yang  tidak  berdosa  itu  dihukum  akibat  kesalahan  yang  dilakukan  oleh  ibu bapanya?.Lebih  menyedihkan  lagi  bayi  yang  ditinggalkan  bukan  sahaja  dibunuh  malah  kadang-kala  menjadi  habuan  binatang  buas.Bagi  bayi  yang  masih  bernyawa  pula  kesannya  lebih  mendalam  kerana  mereka  terpaksa  menjalani  kehidupan  dengan  memegang  gelaran  anak  luar  nikah .Selain  itu,bayi  tersebut  juga  tidak  dapat  mengenali  dan  mendapat  kasih  sayang  ibu  bapa  kandung  mereka. Masa  depan  mereka  akan  turut  terjejas. 
 
           Seharusnya, kita  tidak  wajar  akur  dengan  arus  songsang  ini.Antara  langkah yang   boleh  diambil  bagi  mengatasi  kemelut  ini  adalah  dengan  memberi  perhatian  dan didikan  agama  yang  cukup  kepada  remaja  sejak  kecil  lagi .Hal  ini  kerana,melentur  buluh  biarlah  dari  rebungnya .Memberi  didikan dan  perhatian kepada  anak-anak  merupakan  tanggungjawab  atau  peranan  setiap  ibu  bapa.Jika  ibu  bapa  sendiri  lalai  daripada  melaksanakan  tugas  mereka  akibat  rakus  mengejar  kemewahan  duniawi.Bagaimana  pula  dengan  nasib  anak-anak  mereka  yang  kurang  didikan  dan  kasih  sayang?.Lebih-lebih  lagi, pada  usia  yang  mencabar  inilah  remaja  memerlukan  sokongan dan  kasih  sayang  daripada  ibu  bapa.Namun,kebanyakan  ibu bapa mengabaikan tanggungjawab  mereka.Dalam  situasi  ini, sudah  tentu  remaja  lebih  cenderung  untuk  memilih  jalan  yang  negatif   bagi  mereka  berkongsi  kasih dan  mendapatkan  perhatian  akibat  kurangnya  didikan  agama.Oleh  itu,masalah  ini  dapat  diatasi  jika   ibu  bapa melaksanakan  tanggungjawab  mereka  dengan  baik.  
          Selain  itu, Pihak  berkuasa  terutama  pihak  polis  hendaklah  membanteras pengedaran  bahan-bahan  lucah  daripada   tatapan   anggota  masyarakat  terutama  golongan  remaja. Pihak  berkuasa  juga  hendaklah  mengenakan  hukuman  yang  setimpal dan  lebih  berat  iaitu  penjara  seumur  hidup  kepada  mereka  yang  didapati  bersalah. Hal Ini harus dilakukan  agar remaja  berasa takut dan serik  untuk melakukan atau  terlibat  dengan  gejala  pembuangan  bayi  yang   kian  berleluasa  ini. Mereka  juga  akan berhati-hati  semasa  bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Penekanan   pendidikan  juga  amat  penting  bagi  menyedarkan  masyarakat  terutama remaja  supaya  mereka  tidak  terjebak  dalam  masalah sosial yang membabitkan jenayah ini.

          Kesimpulannya,masalah  pembuangan  bayi  ini  dapat  diatasi  di  negara kita   sekiranya  wujud  kesedaran  dan  rasa  tanggungjawab  dalam  diri  setiap  individu yang  bergelar  rakyat  Malaysia. Justeru itu, setiap  warga  masyarakat  tanpa  mengira  kaum  haruslah  bersatu  padu  menggembleng  tenaga  mencegah  dan  membanteras  penyakit  sosial  ini  agar  tidak  menular  dengan  lebih  serius dan  menjejaskan  pembangunan  dan  matlamat  negara  kita  untuk  mencapai  wawasan 2020.Hal  ini  kerana,gejala  ini  melibatkan  bakal  pemimpin-pemimpin  negara  kita  yakni remaja.Oleh  itu,marilah  kita  bersama-sama  berganding  bahu  membanteras  gejala  ini.Bak  kata  pepatah  hendak  seribu  dalih , tak  hendak  seribu  daya.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Friday, 11 March 2016

Hukum Labur Dan Berniaga Forex (Forex Trading) Mengikut Perspektif Islam

Secara amnya, masyarakat khususnya melayu Islam semakin ramai yang menjalankan aktiviti pelaburan FOREX iaitu melabur bertujuan bagi mendapatkan keuntungan secara online. Persoalan demi persoalan muncul di minda masyarakat kita bertanyakan adakah aktiviti FOREX ini sah disisi undang-undang malahan yang paling penting adakah pelaburan FOREX ini dikategorikan secara pelaburan halal dan adakah pelaburan ini diredhai oleh Allah S.W.T.?



BANK NEGARA DAN FOREX







Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

·         Senarai nama entiti dan laman sesawang
[Kemaskini: 07 Mar 2016]

Senarai ini disusun berdasarkan maklumat, aduan dan pertanyaan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia (Bank) berhubung dengan aktiviti individu dan entiti yang berkenaan. Senarai ini bukan senarai lengkap (not exhaustive) dan Bank akan mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa. Senarai ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada orang ramai.
Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan. Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang boleh didapati di pautan yang berikut:
·         SC Investor Alerts
·         Tindakan Penguatkuasaan SC


PERSPEKTIF DR. ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
Menurut penceramah bebas berpendidikan Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti AlYarmouk, Jordan dan Ijazah Falsafah Kedoktoran Universiti Wales, United Kingdom dan pakar hal ehwal Islam dalam perniagaan iaitu Dr. Zaharudin Abdul Rahman hukum pelaburan FOREX adalah haram kerana sebab utamanya adalah JUDI, tambahan pula ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh polisi ekonomi di dalam Islam, pertamanya kerana menurut pandangan ekonomi dalam Islam, matawang adalah 'medium of exchange' sahaja dan ia bukanlah komoditi yang wajar diniagakan bagi memperolehi untung dari perbezaan nilainya.


KUPASAN ISU-ISU PELABURAN FOREX SERTA PANDANGAN 

 Pertama : Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan FOREX :
Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.
Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-
a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :'
الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم
Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai"  ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .
b-  Nabi bersabda :-
فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)
c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-
نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا
Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)
Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.
FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba Nasiah. Mereka juga  kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah.
Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).
Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Institusi Kewangan Islam yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, Namun semua mereka hanya terlibat dalam FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward' ; jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep Al-WA'D atau 'Unilateral Promise' dan ia telah disepakati keharusannya.  Apa yang pasti, Majlis Shariah mereka telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja.
Justeru MELABUR MODAL ( BEERTI ANDA MELABUR DAN KEMUDIAN TUNGGU UNTUNG SAHAJA) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara FOREX adalah tidak halal di sisi Islam.
Ia adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.
KEDUA : Hukum FOREX TRADING yang dijalankan sendiri-
Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertama-tamanya ia tertakluk kepada :-
a- Terdapat unsur judi atau tidak apabila membeli dan menjual matawnag hanya kerana mengharap keuntungan dari perbezaaan nilainya. bukan kerana digunapakai di negara matawang terbabit. Maka setelah kajian perinci oleh JAKIM dan ISRA, mendapati unsur judi adalah wujud maka semua jenis forex trading adalah HARAM.

b- Kesohihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar. Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi keran terdapat unsur gharar.

b- Jika platform tersebut punyai wibawa dan lessen serta info yang sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akata berkaiatan dengan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang Negara.
Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual matawang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah ‘spot'. Namun mari kita sama-sama cuba mehami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat pandangan Islam tentangnya.
Setakat apa yang diterangkan oleh individu yang terlibat dan yang tahu berkenaan cara forex trading memlali internet ini. Ia seperti berikut :-
1) Ia mempunyai minimum modal. Sebagai contoh USD 1, USD 100 dan lain-lain, ia berbeza mengikut polisi syarikat forex trading masing-masing.
2) Dengan modal itu, pihak syarikat platform forex trading ini akan membukakan satu akaun khas buat peserta.
Setelah itu, pihak peserta akan menentukan samada untuk membuka kaunter jualan matawangnya di dalam akaun atau membuka kaunter belian.
Gambaran mudahnya adalah :-
Katalah modalnya USD 100 yang dibeli dengan tukaran semasa hari tersebut USD 1 = RM 3.6, dan dibuka kaunter ‘selling' melalui platform syarikat tersebut.
Sebagai contoh, pada esok harinya apabila dilakukan analisa terhadap pegerakan nilai matawang, didapati nilai USD mengukuh berbanding Ringgit iaitu USD 1 = RM 4
Tatkala itu, ia akan menekan button jual USD 100 dan memperolehi RM 400. Ini bermakna ia telah beroleh keuntungan sebanyak RM 40 berbanding harga belian asalnya tadi.
Pihak syarikat FOREX ini MESTILAH memasukkan seluruh RM 400 itu sebaik sahaja transaksi jual beli dilakukan, TIDAK DIBENARKAN DILEWATKAN ATAU DIMASUKKAN SEBAHAGIAN SAHAJA, jika dalam contoh di atas, hanya RM 40 dimasukkan, manakala baki modal sebanyak RM 360 hanya akan dimasukkan sejurus peserta menutup akaun pada hari tersebut.
Isu Shariah : Jika ini tidak berlaku, maka ia lulus dari sudut Shariah, namun jika kelewatan berlaku, isu Shariah di sini adalah berlaku penangguhan dalam penyerahan matawang ringgit. Ini menjadikan ia bercangah dengan arahan Nabi s.a.w :-
Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu:
فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)
Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-
نهى رسول اللَّهِ  عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا
Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)
Imam An-Nawawi telah menyebut dengan terang bahawa para ulama telah bersepakat wajibnya syarat serah terima dalam satu masa atau ‘Taqabud' samada secara hakiki (fizikal) atau hukmi (melalui mediuam internet tetapi punyai bukti seperti resit atau nota elektronik yang menunjukkan transaski sah) ( Syarah Sohih Muslim) 
Cadangan : Mesti dipastikan bahawa semasa transkasi jual beli dilakukan, kesemua modal dicampur untung dimasukkan di dalam akaun kita tanpa sebarang tangguh, dan secara automatik juga kita boleh mengeluarkan wang tersebut tanpa sebarang halangan.
3) Terdapat syarikat yang mensyaratkan minimum modal yang tinggi seperti USD 1000 dan lain-lain jumlah. Untuk itu mereka menawarkan apa yang dinamakan 'leverage' yangmana modal peserta akan digandakan.
Sebagai contoh, katalah modal sebenar anda adalah USD 100. Maka anda dikehendaki memilih atau secara pilihan memlih gandaan yang dikehendaki. Seperti 1 : 10 beerti modal anda akan digandakan kepada 10 kali menjadi USD 1000 atau jika memilih 1:100, beerti modal anda menjadi USD 10000. Dengan jumlah baru inilah matawang anda akan di pasarkan  di pasaran.
Hukum Leverage :
Takrif Leverage :
The use of various financial instruments or borrowed capital, such as margin, to increase the potential return of an investment.
Leverage can be created through options, futures, margin and other financial instruments. For example, say you have $1,000 to invest. This amount could be invested in 10 shares of Microsoft stock, but to increase leverage, you could invest the $1,000 in five options contracts. You would then control 500 shares instead of just 10. (Rujukan)
Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda. Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual adalah 10,000. Ia berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi s.a.w :
لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ
Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu" ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)
Malah saya juga hampir pasti, wang yang digandakan oleh syarikat itu dikira sebagai pemberian pinjaman dan sudah tentu mereka akan mengambil sedikit keuntungan samada diketahui atau tidak diketahui oleh peserta. Jika ini berlaku, sekali lagi riba telah berlaku.
Bagi mengelakkan perkara yang ditegah oleh Islam dari berlaku di sini, penggunaan leverage 1:1 sahaja yang dibenarkan. Wallahu'alam.
4) Diberitakan juga pihak syarikat menasihatkan peserta agar menggunakan modalnya kurang dari 30 % bagi mengurangkan risiko semasa trading dijalankan.
Dan jika terdapat masalah kemungkinan rugi atau apa yang dinamakan 'margin call', pihak peserta dibenarkan untuk  membuka kaunter satu lagi samada jual atau beli bagi menyeimbangkan kemungkinan rugi.
Pandangan : Wallahu'alam, jika semunya dilaksanakan dengan jelas dan perancangan yang betul. Setakat ini saya tidak nampak adanya masalah Shariah dalam tindakan ini KECUALI IA MEMPUNYAI ELEMN PERJUDIAN YANG JELAS kerana membeli nilai matawang untuk dijual apabila nilainya naik sedangkan ia BUKAN KOMODITI. Wallahu'alam.
Kesimpulan
Walaupun berniaga sendiri forex dan memenuhi syarat ini ADALAH HARAM kerana sebab utamanya adalah JUDI, tambahan pula ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh polisi ekonomi di dalam Islam, pertamanya kerana menurut pandangan ekonomi dalam Islam, matawang adalah 'medium of exchange' sahaja dan ia bukanlah komoditi yang wajar diniagakan bagi memperolehi untung dari perbezaan nilainya. Kita tahu nilai matwang kini tidak lagi bersandarkan emas atau perak, wang kertas hari ini (fiat money) tidak mempunyai nilai tersendiri (seperti logam emas dan perak) kecuali nilainya datang dari pasaran global yang ditentukan oleh 'demand and supply' di pasaran dunia.
Justeru, menjadikan cara ini bagi memberikan anak dan isteri makan bukanlah satu bentuk kerjaya yang terpuji di dalam Islam. Malah ia sebenarnya membantu sistem kapitalis dan menguatkan sistem ekonomi yang mereka anjurkan. Justeru, fikirkanlah....
Jika anda tidak ingin menerima padnagan saya, tidak mengapa tetapi bacalah pendapat ulama besar kewangan Islam sedunia iaitu Syeikh Mufti Taqi Uthmani dalam hal ini.

Thursday, 12 March 2015

TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA





ROBERT KUOK HOCK NIEN

Pengerusi Kuok Group and Kerry Group 

Nilai Aset : RM 54.110 billion
"Beliau sungguh teliti, bercita-cita tinggi dan tak banyak cakap, mudah didampingi. Pertuturannya lemah lembut, sopan dan tertib. Kalau kita tak setuju dengan pendapat dia pun, kita pasti akan menghormati sikapnya," itulah gambaran yang diberi oleh Tan Sri Ramon Navaratnam mengenai Robert Kuok. 
"Kunci kejayaan beliau adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang perniagaan, ditambah pula tenaga pekerjanya yang jujur dan setia" kata sumber yang enggan namanya disebut. 
Dalam satu wawancara eksklusif dengan majalah alumni National University of Singapore pada 2000, Kuok berkata kejayaannya adalah hasil kerja keras. "Jangan harapkan jalan singkat untuk berjaya. Jika kita berjaya, orang akan mula memperkatakannya bertahun-tahun. Mereka akan datang jika reputasi kita kukuh". 
Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat. 
Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di RaffelesCollege sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. 
Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor. 
Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. 
Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. 
Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan. 
Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines(MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi. 
Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, disamping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri'. 
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post. 
Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la. 
Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. 
Ketika orang lain teragak-agak, Kuok memberanikan diri melabur di Negara bergolak seperti Indonesia pada tahun 1960an dan Filipina pada 1980an. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak empat dekat lalu. 
Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang kikatakan 'Rangkaian Bamboo'. 
(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)